Kerjaya Syafiq Kyle

Syafiq Kyle merupakan salah seorang finalis Hero Remaja 2011/12 bersama-sama Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Hafreez Adam, Ben Amir, Fendy Bakry dan Hafidz Roshdi, sekaligus dinobatkan sebagai Naib Juara.

Lakonan pertama beliau ialah menerusi watak kecil dalam drama Iparku Diva di Astro Warna lakonan Rozita Che Wan, Norman Hakim dan Sheera Iskandar. Bersama pelakon veteran Nasir Bilal Khan, Syafiq menjayakan watak Johan, seorang anak yang kuat memberontak dalam drama keagamaan Tanah Kubur dari musim ke-3 hingga ke-9 yang bersiaran di Astro Oasis.[3]

Pada tahun 2014, beliau memegang watak pembantu sebagai Tajul Fahin dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan di TV3. Seterusnya, buat pertama kalinya beliau memegang watak utama dalam drama Bila Hati Berbicara sebagai Emir Qasha dan bergandingan bersama pelakon Singapura Atikah Suhaime di slot Akasia TV3. Beliau digandingkan bersama pendatang baharu dalam bidang lakonan, Azira Shafinaz menerusi drama Married Tapi Benci di TV3 sebagai Kamal. Drama Sekali Aku Jatuh Cinta pula memperlihatkan syafiq menjayakan watak komedi sebagai Johan iaitu seorang jururawat.

Syafiq memegang watak sebagai Izz Haikal dalam drama Slot Akasia TV3, Suamiku Paling Sweet dan seterusnya memegang watak Nazmi Elyas, seorang jurugambar profesional di Slot MegaDrama Mencintaimu Mr. Photographer bersama pelakon Singapura yang sedang meningkat naik, Hannah Delisha.[4] Beliau kemudiannya menjayakan watak utama bersama Ayda Jebat menerusi drama Dekatkan Jarak Kita sebagai Ian Tashriq.[4]

Pada tahun 2018, beliau menjayakan watak utama bersama Zahirah MacWilson menerusi drama Slot Astro Megadrama Tak Ada Cinta Sepertimu sebagai Hazran Widad. Beliau juga terlibat dalam drama bersiri tema 100 Plus, Pelangi Cinta bersama Shukri Yahaya, Hairul Azreen, Aiman Hakim Ridza dan Mira Filzah. Nama Syafiq terus melonjak naik apabila beliau menjayakan watak Ustaz Adam dalam Samarinda Ramadhan Nur bergandingan bersama Amyra Rosli. Syafiq juga beraksi dalam filem sulungnya bertajuk Langsuir arahan Osman Ali bersama Hannah Delisha. Selain itu, beliau juga berlakon dalam filem Gol & Gincu Vol. 2 yang ditayangkan pada 25 Oktober 2018 sebagai pelajar kolej yang bergelar pak cik bawang.

Rujukan

WikiPedia: Syafiq Kyle http://www.budakgemok.com/anugerah-terindah-full-e... http://www.budiey.com/sinopsis-telefilem-takraw-ka... http://syafiqkyle.com http://m.themalaymailonline.com/showbiz/article/al... http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/2014/12/drama-... http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid... http://www.bharian.com.my/node/63302?m=1 http://www.kosmo.com.my/hiburan/syafiq-kyle-intai-... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201...